Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, seorang cedera kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Bintulu
  • KEMALANGAN

Seorang maut, seorang cedera kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Bintulu

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa dari kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 16 Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi. Foto JBPM Zon Sibu.

SIBU: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 16 Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, mangsa yang maut berumur 38 tahun manakala mangsa yang cedera berumur 57 tahun.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabit dalam kemalangan kendiri, dengan dua mangsa masih berada di dalam kenderaan.

“Pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala penumpang mengalami kecederaan, termasuk patah pada kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak polis bersama barang-barang peribadi mereka.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan hutan Lipus
Next: Lelaki cedera ringan dalam kemalangan di Simpang Batu Lintang, Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.