AKUN GIMAN
KAPIT: Masalah bekalan air paip yang keruh sejak awal pagi semalam, kini mulai kembali pulih secara berperingkat pada petangnya.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Kapit menerusi catatan Facebooknya memberitahu, mereka kini masih lagi melakukan aktiviti ‘flushing’ di sekitar kawasan bandar itu sejak pagi semalam.
Catatan Facebook itu turut memberitahu, bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat-peringkat.
Terdahulu, JBALB Bahagian Kapit menerusi catatan Facebook memberitahu, operator Loji Rawatan Air Kapit melaporkan pam air mentah nombor 1 dan nombor 2 ‘trip’ tidak dapat dihidupkan.
Sekitar jam 4.15 pagi, juruteknik pergi ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja diagnosis terhadap pam air mentah terbabit.
Jurutera air mengarahkan operator loji untuk memperlahankan pam air terawat sementara kerja-kerja produksi air di berhenti sementara kerja baik pulih dilakukan.
Pam air mentah nombor 1 dan nombor 2 dihidupkan pada jam 6.05 pagi. Kerja produksi bersambung pada jam 6.15 pagi.
Kerja-kerja flushing bermula dan bekalan akan pulih secara berperingkat.