Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awangku Hafizi kekal terajui TBBC Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

Awangku Hafizi kekal terajui TBBC Sri Aman

Utusan Sarawak 3 days ago
MESYUARAT Agung Tahunan TBBC Sri Aman bagi penggal 2025-2027 yang telah diadakan hari ini. Foto: Adi Safarman. 

SIMANGGANG: Awangku Hafizi Awang Azahari kekal menerajui Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman bagi penggal 2025-2027 selepas Mesyuarat Agung Tahunan kelab itu diadakan dekat sini hari ini.

Turut dipilih dalam barisan kepimpinan baharu ialah Timbalan Pengerusi Kamaruddin Mohamad, Setiausaha Subhi Ahmad, Bendahari Joe Engkujat, Timbalan Setiausaha I Mohamad Ishak Wahab, Timbalan Setiausaha II Mohamad Azlan Shah Ismadi, serta Timbalan Bendahari Bibi Nurfaezah Md Mujahidin Sonata.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Siti Nur Azhyani Sukor, Minggu Atong, Fatin Aisyah Kamsani, dan Jack Vancouver Nabi Jackie Joachim.

Mesyuarat tersebut turut melantik Sukinah Ibrahim sebagai Juruaudit kelab serta membincangkan beberapa agenda penting termasuk pembentangan minit mesyuarat lalu, laporan tahunan aktiviti dan penyata kewangan TBBC.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pembentangan laporan aktiviti kelab, penyata kira-kira akaun, pindaan kecil perlembagaan di bawah Fasal 17.1, serta perancangan pembangunan atlet muda bagi melahirkan lebih ramai bakat tinju muda dari Sri Aman.

Awangku Hafizi dalam ucapan alu-aluannya menggesa semua ahli untuk terus memperkukuh komitmen dalam memajukan sukan tinju di Sarawak dan menjadikan TBBC sebagai platform melahirkan juara pelapis negeri dan kebangsaan.

“Kita mahu TBBC terus menjadi wadah kepada bakat-bakat muda Sri Aman untuk menonjol di arena tinju, bukan sahaja di peringkat negeri malah kebangsaan,” katanya.

Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan setelah semua agenda dibincangkan dan diluluskan dengan sebulat suara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Rumah Suda Asoon nikmati kemudahan parkir baharu
Next: 58 tahun kecemerlangan, SM Wong Nai Siong terus gemilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.