Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera kemalangan motosikal, kereta di Jalan Kampung Pichin
  • KEMALANGAN

Dua cedera kemalangan motosikal, kereta di Jalan Kampung Pichin

Utusan Sarawak 4 days ago
ANGGOTA bomba membantu mengangkat mangsa keluar dari parit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. Foto BBP Serian

SERIAN: Dua lelaki cedera ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Kampung Pichin, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 2.33 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

Komander operasi, PBK II Bilong Lusat, memaklumkan kemalangan melibatkan kereta yang dipandu seorang wanita dan motosikal yang dinaiki dua lelaki.

CEDERA RINGAN… Mangsa motosikal mengalami cedera ringan sebelum diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dan unit EMRS untuk dibawa ke Hospital Serian bagi rawatan lanjut. Foto BBP Serian

“Kedua-dua mangsa motosikal, iaitu penunggang dan pembonceng, mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Tiada operasi penyelamatan dijalankan, namun Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membantu mengangkat mangsa keluar dari parit menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dan unit EMRS untuk dibawa ke Hospital Serian bagi rawatan lanjut. 

Continue Reading

Previous: Kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Kanowit
Next: Dua lelaki terselamat kereta terjatuh gaung 15 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.