Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu parkir awam di Bintulu perlu tindakan segera
  • WILAYAH

Isu parkir awam di Bintulu perlu tindakan segera

Utusan Sarawak 12 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang mengadakan sesi perbincangan mengenai isu parkir awam di kawasan komersial Bintulu bersama wakil BDA dan syarikat dari Taman Perindustrian Samalaju.

BINTULU: Isu kekurangan parkir awam di beberapa kawasan komersial sekitar bandar ini perlu ditangani segera bagi mengelak gangguan kepada urusan harian penduduk setempat termasuk peniaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Ts Johnny Pang Leong Ming berkata, keadaan itu berpunca daripada penggunaan berterusan parkir awam oleh kenderaan milik pekerja dari Taman Perindustrian Samalaju, sekali gus menimbulkan kesesakan serta kesukaran kepada pengunjung dan pelanggan di kawasan berkenaan.

“Saya menerima banyak aduan daripada orang awam dan peniaga berhubung isu ini. 

“Sebab itu pertemuan bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta wakil syarikat dari Taman Perindustrian Samalaju diadakan bagi membincangkan langkah penyelesaian segera dan jangka panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang mengadakan sesi perbincangan mengenai isu parkir awam di kawasan komersial Bintulu bersama wakil BDA dan syarikat dari Taman Perindustrian Samalaju.

Beliau memberitahu, beberapa syarikat telah menunjukkan komitmen positif dengan mengambil inisiatif menyewa tanah kosong berhampiran pusat komersial bagi dijadikan kawasan parkir sementara untuk pekerja mereka.

“Tindakan ini wajar dipuji kerana menunjukkan rasa tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat setempat,” katanya.

Beliau turut menggesa syarikat lain agar segera mengambil langkah sama dengan berunding terus bersama pemilik tanah kosong bagi mengurangkan tekanan parkir di kawasan bandar.

Dalam masa sama, katanya, pengurusan Taman Perindustrian Samalaju telah mencadangkan pembinaan terminal berpusat bagi pengambilan dan penghantaran pekerja sebagai langkah jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada parkir awam di kawasan komersial.

“Saya menyokong cadangan ini dan berharap BDA dapat menjalankan kajian serta perancangan menyeluruh bagi memastikan pembangunan industri dan kemudahan bandar berkembang secara seimbang serta mampan,” katanya.

Menurut beliau, penyelesaian menyeluruh diperlukan bagi memastikan kesejahteraan penduduk dan kelancaran aktiviti ekonomi di Bintulu terus terpelihara seiring dengan pertumbuhan pesat sektor industri di kawasan itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Padawan Municipal Council launches ‘OKU Prihatin: Sustainable Environment’ Program
Next: JTS Sri Aman salur RM50,000 bantu komuniti Melugu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.