Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LANDAS Betong hulur sumbangan kepada 16 keluarga mangsa kebakaran
  • WILAYAH

LANDAS Betong hulur sumbangan kepada 16 keluarga mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 1 day ago
MORIS Nayup menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di PPS Dewan Masyarakat Sri Krian, hari ini. Foto LANDAS Betong

SARATOK: Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran Rumah Jantum, Nanga Blangun, Kelab Sosial dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) Betong hari ini tampil menghulurkan sumbangan keperluan asas kepada 16 keluarga yang terjejas.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Sri Krian diketuai oleh Pengerusi Kelab LANDAS, Moris Nayup yang juga Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Patricia Ngu Ming Hung, Pegawai Unit Perhubungan Awam Letycia Sima Linang, wakil Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu, Muammar Syabil Mohtada, serta wakil Pejabat Daerah Saratok, Suzie Jegai.

Antara barangan yang disumbangkan termasuk telur, beras, mi segera, air mineral, biskut, susu pekat dan teh bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian berkenaan.

MORIS Nayup menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di PPS Dewan Masyarakat Sri Krian, hari ini. Foto LANDAS Betong

Moris berkata, bantuan tersebut merupakan usaha LANDAS Betong untuk menyantuni masyarakat setempat yang dilanda musibah di samping memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, kami berharap ia dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan sementara menanti bantuan susulan daripada pihak berwajib,” katanya.

Sumbangan berkenaan turut disertai dengan lawatan ke kawasan terjejas bagi meninjau sendiri keadaan mangsa dan memahami keperluan mendesak yang perlu diberikan perhatian.

Langkah prihatin LANDAS Betong ini memperlihatkan semangat kebersamaan dan kepedulian sosial yang tinggi dalam membantu masyarakat yang memerlukan, sejajar dengan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial penjawat awam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong prihatin ziarahi penduduk diuji kesihatan
Next: 100 klien hadiri program pemulihan dadah Model i-Pulih di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.