
BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda daerah Xinlong di Wilayah Autonomi Tibet Ganzi, Wilayah Sichuan di barat daya China, pada 1.17 tengah hari Khamis (Waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.
Pusat gempa dikesan pada latitud 30.84 darjah utara dan longitud 99.86 darjah timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.- Bernama-Xinhua