MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Marudi, Datu Penguang Manggil mengadakan perbincangan tentang isu ‘wayleave’ bagi projek penyambungan elektrik luar bandar “RES Phse-1” di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.76 Marudi di Pejabat Daerah Beluru.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut Pegawai Daerah Beluru, Alfred Geling Ason dan wakil dari Sarawak Energy Berhad (SEB).
Selain itu, Datu Penguang turut membincang mengenai RES Phase-2 di Baram Hilir dan projek SARES di kampung Benawa Marudi.
Beliau meminta semua yang terlibat memberikan kerjasama kepada agensi pelaksana projek bagi memastikan projek ini siap pada masa yang ditetapkan.
Tambahnya, apabila perojek ini siap nanti, keseluruhan kawasan DUN N.76 Marudi akan mendapat liputan bekalan elektrik sepenuhnya.
Oleh Jiku Juguong