Tun Wan Junaidi hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara

Facebook
WhatsApp
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara.

Tun Wan Junaidi diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak.

FOTO Astana Negeri Sarawak

Majlis Raja-Raja merupakan wadah penting yang berfungsi memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan mengenai dasar negara, terutamanya dalam hal yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.