Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangunan runtuh di Madrid, 3 cedera, 5 hilang
  • GLOBAL

Bangunan runtuh di Madrid, 3 cedera, 5 hilang

Utusan Sarawak 2 days ago
POLIS dan anggota perkhidmatan kecemasan berkumpul berhampiran lokasi runtuhan bangunan di Madrid. Perkhidmatan kecemasan Sepanyol bergegas ke lokasi kejadian runtuhan bangunan di pusat bandar pelancongan Madrid pada hari Selasa, dengan media tempatan melaporkan beberapa orang dilaporkan hilang. Foto AFP

MADRID: Sekurang-kurangnya tiga pekerja cedera dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan yang sedang diubah suai di tengah Madrid, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik penyiar Sepanyol RTVE dan media lain.

Seorang pekerja mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital, manakala dua yang lain hanya cedera ringan. Menurut laporan itu, lima pekerja lain dilaporkan masih hilang.

Bangunan enam tingkat itu runtuh sebahagiannya sejurus selepas 1.00 tengah hari (1100 GMT) berhampiran Plaza de Isabel II, yang juga dikenali sebagai Plaza de Opera. Bangunan itu telah lama menjalani kerja pengubahsuaian dan dianggap tidak berpenghuni.

Sebelas unit pasukan bomba Madrid telah dikerahkan untuk mengawal runtuhan, mengelakkan kejadian runtuhan susulan dan mencari mangsa yang mungkin tertimbus. Anjing pengesan dan dron turut digunakan manakala perkhidmatan kecemasan telah menutup kawasan itu sepenuhnya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.7 landa 21 km barat Lae, Papua New Guinea – USGS
Next: Semua pendaki selamat selepas salji lebat di Tibet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.