Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Afgan kembali melalui persembahan di KL 5 Disember depan
  • HIBURAN

Afgan kembali melalui persembahan di KL 5 Disember depan

Utusan Sarawak 13 hours ago
AFGAN, atau nama sebenarnya Afgansyah Reza. Foto Facebook Afgansyah Reza

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia Afgan bakal meraikan peminat setianya melalui  Afgan Retrospektif Showcase di Zepp Kuala Lumpur dengan suasana lebih kasual dan intim, pada Disember depan. 

Afgan, atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, dalam satu kenyataan berkata persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember itu bertepatan dengan pelancaran album terbaharunya Retrospektif bagi mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

“Makna ‘Retrospektif’ bagi saya ialah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.

“Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini,” katanya.

Mengakui berasa teruja untuk berkongsi lagu baharu bersama-sama dengan peminat di negara ini, Afgan berkata album itu turut membawa nilai sentimental buatnya kerana merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun.

 “Album ini ibarat kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop. Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini. Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya,” kata jejaka tampan berusia 36 tahun itu.

Menjanjikan persembahan terbaik, Afgan berkata beliau mahu setiap lagu yang didendangkannya kelak memberi makna dan memori tersendiri kepada peminat di negara ini kerana ia adalah kali pertama mereka mendengar karya ini secara langsung.

“Saya sangat menghargai perjalanan muzik saya yang telah menjadi sebahagian daripada kisah hidup peminat di sini, sama ada di saat bahagia atau sedih. Paling berharga adalah ketika lagu-lagu saya mampu memberi kekuatan untuk peminat menghadapi kehidupan dengan penuh optimis dan positif,” katanya.

Peminat boleh membeli tiket  melalui laman web https://www.golive-asia.com/ pada harga  RM358 hingga RM1,398. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: RM BTS akui sedia berumah tangga jika bertemu jodoh tepat
Next: Sean Paul bakal gegarkan pentas hiburan negara 10 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.