Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar batu
  • KEMALANGAN

Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar batu

Utusan Sarawak 7 hours ago
 OPERASI menyelamat mangsa yang tersepit di mesin pengisar batu di Ibraco Jalan Express Way.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu di sebuah kawasan industri milik Ibraco di Jalan Express Way, hari ini.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.40 pagi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa yang diketuai PBK II Ramzai Talip segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki warga tempatan tersepit pada bahagian kipas mesin pengisar batu.

“Pasukan operasi melakukan penilaian awal di lokasi dan berusaha membuka nat di bahagian kipas mesin bagi mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya.

“Seterusnya, komander operasi bersama anggota serta beberapa pekerja di lokasi menolak kipas mesin tersebut, dan mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan pada 11.33 pagi,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berumur 37 tahun, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera FRT. Tiada kecederaan lain dilaporkan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Remaja maut, 7 cedera ringan dalam kemalangan empat kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.