Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Infrastruktur luar bandar diperkasa, projek jalan dan pembetung siap di Sungai Tulai
  • Tengah
  • WILAYAH

Infrastruktur luar bandar diperkasa, projek jalan dan pembetung siap di Sungai Tulai

Utusan Sarawak 4 days ago
SIAP DILAKSANAKAN….Wong Soon Mee (kiri) mewakili Datoʼ Sri Huang Tiong Sii untuk menyaksikan penyerahan siap kerja projek. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei 

BINTANGOR: Infrastruktur luar bandar terus diperkasa apabila projek pemasangan pembetung dan jalan konkrit di Jalan Wong Ting King, Sungai Tulai, siap dilaksanakan melalui Program Mesra Rakyat (PMR) 2025.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap komuniti, termasuk di kawasan luar bandar, menikmati pembangunan seimbang dan berterusan.

“Kita mahu memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk penduduk di kawasan pedalaman, mendapat kemudahan asas yang lebih baik. 

“Pembangunan seperti ini bukan sahaja memudahkan urusan seharian penduduk, malah turut menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti,” katanya ketika dihubungi media, hari ini. 

Tiong Sii turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek PMR adalah hasil daripada maklum balas dan permohonan penduduk tempatan yang disalurkan melalui pasukan khidmat beliau.

“Kita akan terus memberi perhatian kepada keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi dan mengambil tindakan segera terhadap isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka,” katanya. 

Tiong Sii diwakili oleh Wong Soon Mee dari pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei bersama Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei, Muhammad Haziq Mud telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau hasil kerja siap serta menyaksikan penyerahan siap kerja projek tersebut.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jalan RM130 juta ambil masa 36 bulan
Next: Profesor Dr Tunza terima anugerah penceramah & pensyarah paling aktif 2004–2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.