Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia meningkat kepada 61
  • GLOBAL

Angka kematian runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia meningkat kepada 61

Utusan Sarawak 2 days ago

ANGGOTA pasukan penyelamat membawa beg mayat dari tapak pondok pesantren Al Khoziny yang runtuh di Sidoarjo, Jawa Timur, pada 6 Oktober 2025 lepas, ketika usaha pemulihan diteruskan. Angka kematian akibat keruntuhan telah meningkat kepada 59, menurut pegawai. Foto AFP


JAKARTA: Angka kematian akibat runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tujuh bahagian tubuh mangsa telah dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan berkata dalam sidang media pada Selasa bahawa rekod kehadiran menunjukkan dua pelajar masih belum ditemukan dan dipercayai mungkin antara mangsa yang telah dijumpai.

“Kawasan berkenaan kini telah diratakan dan kemungkinan tiada lagi mayat yang berada di sana,” katanya.

Budi menjelaskan bahawa daripada 167 orang yang terlibat dalam insiden itu, 104 berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah itu, empat mangsa telah menerima rawatan, 99 masih dirawat di hospital, seorang tidak memerlukan rawatan, manakala dua pelajar masih belum ditemukan.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada petang Isnin lalu ketika pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, mengakibatkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menyatakan kegagalan struktur bangunan dipercayai menjadi punca utama kejadian.- Bernama

Continue Reading

Previous: 4 maut dalam insiden lombong emas runtuh di utara Zambia
Next: Presiden Madagascar lantik Jeneral sebagai perdana menteri baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.