Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program SULAM UPMS perkasa komuniti luar bandar di Sungai Asap
  • Utara
  • WILAYAH

Program SULAM UPMS perkasa komuniti luar bandar di Sungai Asap

Utusan Sarawak 4 days ago
MERAKYATKAN ILMU… Pelajar UPMS beramah mesra bersama penduduk Rumah Lebu’ Kulit, Sungai Asap sempena pelaksanaan Program SULAM, baru-baru ini.

BELAGA: Usaha memperkasa komuniti luar bandar terus diperkukuh melalui pelaksanaan Program Pembelajaran Khidmat Malaysia Universiti untuk Masyarakat (SULAM) oleh Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) di Rumah Lebu’ Kulit, Sungai Asap, baru-baru ini.

Menurut UPMS, program berimpak sosial itu melibatkan seramai 30 pelajar Diploma Perniagaantani Semester 4 yang turun padang berinteraksi dengan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti berfokuskan pertanian moden secara percuma dan terbuka kepada penduduk.

MERAKYATKAN ILMU… Pelajar UPMS beramah mesra bersama penduduk Rumah Lebu’ Kulit, Sungai Asap sempena pelaksanaan Program SULAM, baru-baru ini.

Antara pengisian utama ialah Bengkel Cendawan Tiram, Bengkel Baja Organik dan Bengkel Racun Organik, yang bertujuan memperkenalkan kaedah pertanian lebih efisien, mesra alam, serta mampu menjana pendapatan sampingan.

Pensyarah program, Calvyn Leu Siming, berkata inisiatif ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai teknik penghasilan dan penjagaan cendawan tiram berkualiti tinggi, di samping merapatkan hubungan antara pelajar dan masyarakat tempatan.

“Selain aspek teknikal, pelajar turut diberi peluang mempelajari budaya dan gaya hidup komuniti etnik Sungai Asap,” katanya.

MERAKYATKAN ILMU… Pelajar UPMS beramah mesra bersama penduduk Rumah Lebu’ Kulit, Sungai Asap sempena pelaksanaan Program SULAM, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Lebu’ Kulit, Bujang Bit, menzahirkan penghargaan kepada pihak UPMS atas pelaksanaan bengkel tersebut dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan demi manfaat jangka panjang.

“Komuniti kami berminat menjalin kolaborasi dengan universiti untuk membangunkan potensi sebagai pembekal bongkah cendawan tiram secara komersial pada masa depan,” ujarnya.

Penganjuran Program SULAM ini mencerminkan komitmen berterusan UPMS dalam memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan komuniti luar bandar menerusi pemindahan ilmu dan inovasi.

Turut hadir Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS yang juga Penasihat Program, Dr. Neilson Teruki, serta Dr. Shairil Izwan Taasim.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Tilawah Limbang tonjol kekuatan rohani dalam masyarakat majmuk
Next: Limpahan sungai besar, hujan lebat jejas lima lokasi di Telang Usan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.