Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi sahkan semua pemegang visa dibenar tunai umrah
  • GLOBAL

Arab Saudi sahkan semua pemegang visa dibenar tunai umrah

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO Bernama

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu memaklumkan langkah terbabit merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses kepada perkhidmatan sistem Haji dan Umrah, demi menyokong objektif Wawasan Saudi 2030.

Menurut kementerian, visa itu termasuk visa lawatan peribadi dan keluarga, visa pelancong elektronik, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memudahkan ketibaan umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah mereka dengan mudah dan tenang.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya baru-baru ini melancarkan platform digital ‘Nusuk Umrah’ bagi memudahkan mereka yang ingin menunaikan umrah secara langsung, membolehkan pengguna memilih pakej sesuai serta mendapatkan permit umrah secara elektronik dengan mudah.

Platform digital bersepadu itu juga membolehkan pengguna menempah perkhidmatan dan menetapkan waktu dengan lebih fleksibel, menurut kementerian.

-BERNAMA-SPA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sekitar 1,000 pelancong terperangkap di Gunung Everest akibat ribut salji – Laporan
Next: Hampir 1,000 terkandas akibat ribut salji di Tibet, Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.