Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Video tular: Semua mangsa diminta lapor polis
  • Tengah
  • WILAYAH

Video tular: Semua mangsa diminta lapor polis

Utusan Sarawak 4 days ago
 TULAR…..tangkap layar video yang merakamkan kejadian sebuah kereta melanggar beberapa kenderaan lain tular di media sosial, hari ini.

SIBU: Sebuah kereta dipercayai melanggar beberapa kenderaan lain dalam kejadian berlaku di Jalan Oya berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Elizabeth, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 11.35 pagi itu, menyebabkan beberapa kenderaan termasuk sebuah motosikal mengalami kerosakan.

Menurut saksi di lokasi, insiden dipercayai berlaku apabila sebuah kereta berwarna putih dipandu secara berbahaya di tengah jalan, sebelum merempuh kenderaan lain di kedua-dua arah laluan.

Pemandu kereta terbabit, seorang lelaki berusia 25 tahun tidak mengalami kecederaan serius.

Kesemua pemandu dan pemilik kenderaan yang terlibat telah diarahkan membuat laporan di Balai Polis Trafik Sibu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, rakaman video insiden berkenaan turut tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna jalan raya tempatan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Taman Negara Bukit Lambir rai Jubli Emas 50 tahun
Next: Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi berhampiran Empangan Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.