Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Kuih Bulan 2025 serlah semangat muhibah di Kuching
  • TEMPATAN

Festival Kuih Bulan 2025 serlah semangat muhibah di Kuching

Utusan Sarawak 2 days ago
MERIAH… Dato Sim Kiang Chiok dan Pengerusi Penganjur, Pung Siok Eng merakamkan gambar kenangan bersama pemenang pertandingan mewarna bagi kategori B (umur 10–12 tahun), juara Celine Wong Hui Ci, diikuti Amni Husna Iswandi dan Izz Dzakirin Qayyum Iswandi di tempat kedua dan ketiga.

KUCHING: Pesta Kuih Bulan di Sarawak bukan sekadar perayaan tradisi, sebaliknya melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum yang menghargai keunikan budaya masing-masing.

Pengerusi Persatuan Peminat Seni, Tarian dan Muzik Kuching Suriamas, Dato Sim Kiang Chiok, berkata tradisi yang dahulunya sinonim dengan masyarakat Cina kini turut diraikan oleh semua kaum sebagai bukti keunikan dan semangat muhibah rakyat Sarawak.

“Pesta Kuih Bulan ini sememangnya tradisi masyarakat Cina, namun di Sarawak ia diraikan bersama oleh semua bangsa. 

“Keterlibatan dan kegembiraan bersama ini membuktikan masyarakat kita hidup harmoni dan menghargai kepelbagaian budaya,” katanya.

MERIAH… Dato Sim Kiang Chiok dan Pengerusi Penganjur, Pung Siok Eng merakamkan gambar kenangan bersama pemenang pertandingan mewarna bagi kategori A (umur 7-9 tahun) dimenangi oleh juara Fateha El Zahra Ahmad Fadzrul, diikuti Chang Zi Heng (naib johan) dan Chiang Wern Syuen (tempat ketiga).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Festival Kuih Bulan 2025 di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Festival anjuran Persatuan Peminat Seni, Tarian dan Muzik Kuching Suriamas dengan kerjasama Plaza Merdeka serta Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Khas Kuching (KATSN) itu berlangsung meriah selama 10 hari, bermula 26 September hingga 5 Oktober.

MERIAH… Hasil lukisan yang diwarnakan para pemenang bagi kategori A pertandingan mewarna kanak-kanak pada sambutan Festival Kuih Bulan 2025 di Plaza Merdeka.

Acara itu berjaya menarik penyertaan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur sekali gus menonjolkan semangat perpaduan rakyat Sarawak yang hidup harmoni dalam kepelbagaian.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang festival termasuk persembahan muzik Orkestra Teochew, pameran Galeri Seni Istimewa, pertandingan nyanyian, pertandingan mewarna serta pertandingan busana cheongsam kanak-kanak.

Antara acara kemuncak ialah pertandingan mewarna kanak-kanak yang berlangsung pada semalam dengan penyertaan lebih 50 peserta berumur antara tujuh hingga 12 tahun daripada pelbagai latar belakang etnik dan budaya.

MERIAH… Hasil lukisan yang diwarnakan para pemenang bagi kategori B pertandingan mewarna kanak-kanak pada sambutan Festival Kuih Bulan 2025 di Plaza Merdeka.

Bagi pertandingan itu, kategori A (umur 7-9 tahun) dimenangi oleh juara Fateha El Zahra Ahmad Fadzrul, diikuti Chang Zi Heng naib johan dan Chiang Wern Syuen tempat ketiga, manakala hadiah sagu hati disampaikan kepada Aina Afiyah Abdul Aziz, Benz Lim dan Angeline Chong.

Bagi kategori B (umur 10–12 tahun), Celine Wong Hui Ci muncul juara, diikuti Amni Husna Iswandi dan Izz Dzakirin Qayyum Iswandi masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Pemenang sagu hati ialah Voon Sze Ting, Darrick Ho Zhe Yu dan Glennys Siew Yee Yuan.

Turut hadir Pengerusi Penganjur, Pung Siok Eng.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tekankan kontraktor siapkan Projek Jambatan Sungai Lingga tanpa abai kualiti, keselamatan
Next: Eksklusif: Osuka Beach Lundu tarikan alam, destinasi santai keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.