Program ziarah agihan kuih bulan, tanda penghargaan kepada warga emas

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH… Lee Eng Kwang (dua kanan) dan Chang Teck Hua menyampaikan kuih bulan kepada warga emas sempena Perayaan Kuih Bulan di Batu Niah hari ini.

BATU NIAH: Persatuan Hakka Batu Niah telah mengadakan program ziarah sempena Perayaan Kuih Bulan yang jatuh pada Oktober ini.

Perayaan Kuih Bulan ini merupakan sambutan tradisi masyarakat Cina pada setiap tahun.

TERIMA KASIH… Lee Eng Kwang (dua kanan) dan Chang Teck Hua menyampaikan kuih bulan kepada warga emas sempena Perayaan Kuih Bulan di Batu Niah hari ini.

Pengerusi persatuan, Lee Eng Kwang berkata program ziarah hari ini turut mengadakan pengagihan kuih bulan kepada warga emas ahli persatuan sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang terhadap golongan tersebut.

“Program ini bukan sekadar sambutan perayaan tetapi juga melambangkan semangat prihatin dan nilai kekeluargaan yang telah lama menjadi tradisi dalam persatuan.

“Saya berharap agar melalui aktiviti sebegini, para warga emas dapat merasakan kehangatan kasih sayang serta perhatian daripada komuniti Hakka setempat,” katanya.

TERIMA KASIH… Lee Eng Kwang (dua kanan) dan Chang Teck Hua menyampaikan kuih bulan kepada warga emas sempena Perayaan Kuih Bulan di Batu Niah hari ini.

Turut serta program ialah Timbalan Pengerusi, Penghulu Pui Kuan Phen, Ketua Bahagian Warga Emas Kong Huo Tu dan Setiausaha Chang Teck Hua.

Oleh Adum Liu