

BINTANGOR: Sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan di Jalan Sungai Temadak, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.20 pagi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang menghalang laluan jalan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, operasi dijalankan pasukan bomba dengan memotong pokok tumbang tersebut menggunakan mesin gergaji berantai.
“Selepas itu, kerja membersihkan kawasan pokok tumbang turut dilakukan.
“Khidmat khas memotong dan mengalihkan pokok tumbang selesai dalam tempoh lebih kurang 38 minit.
“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 12.22 tengah hari,” katanya.
Oleh Earl Anek