Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan masyarakat Baram
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan masyarakat Baram

Utusan Sarawak 4 days ago
PENGHARGAAN…Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Telang Usan, Jua Daud menyampaikan cenderamata kepada Dato Anyi Ngau.


MARUDI: Program Jiwa@Komuniti MADANI merupakan manifestasi kerajaan dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, inklusif dan sejahtera, kata Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau.

Menurut beliau, program berkenaan menjunjung tinggi nilai-nilai perpaduan berteraskan prinsip kerajaan MADANI.

Anyi menegaskan bahawa inisiatif seperti ini menjadi platform penting untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Pejabat Penerangan Telang Usan yang berlangsung di Rumah Gawong, Sungai Selejau Asal, semalam.

MADANI…Penduduk Rumah Gawong, Sungai Selejau Asal bergambar kenangan bersama Dato Anyi Ngau semasa Program Jiwa@Komuniti MADANI.

“Inisiatif seumpama ini amat penting bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakyat dan kerajaan, sekali gus memastikan pembangunan dan kesejahteraan dapat dinikmati secara menyeluruh,” katanya.

Antara pengisian utama program ialah sesi taklimat daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Marudi yang bertujuan menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kebajikan kerajaan secara terus kepada penduduk setempat, supaya mereka dapat memanfaatkan bantuan dan perkhidmatan yang disediakan.

Turut hadir Ketua Pemuda PDP Nasional Sarawak, David Yeo Ang Lim, Pegawai Penerangan Daerah Telang Usan, Jua Daud dan Pegawai Menguasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Marudi, Aziana Lasa.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larian Amal Krokop perkukuh perpaduan dan gaya hidup sihat
Next: Pokok tumbang halang laluan di Jalan Sungai Temadak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.