Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terjunam ke gaung 20 meter, pemandu terselamat
  • KEMALANGAN

Kereta terjunam ke gaung 20 meter, pemandu terselamat

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN Bomba Marudi berusaha membantu seorang pemandu kereta yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Miri–Marudi, petang semalam. Foto: Bomba Marudi

MARUDI: Sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas sebelum terjun ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter dan melanggar sebatang pokok di Jalan Miri–Marudi, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Jessbet Jebus, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada 7.28 malam.

“Empat anggota bomba diketuai PBK II Kebing Ngau (Penyelia) segera digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.29 malam,” katanya.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 7.48 malam dan terus menjalankan penilaian awal serta pemeriksaan terhadap kenderaan yang terjatuh.

“Didapati terdapat seorang lelaki berusia 56 tahun berada di dalam kereta namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Tiada operasi penyelamatan khas dijalankan memandangkan mangsa tidak terperangkap dan berada dalam keadaan selamat.

Pasukan bomba hanya membantu membawa mangsa keluar dari kenderaan dan membawanya naik semula ke bahu jalan.

“Mangsa kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarga yang tiba di lokasi,” tambahnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera kemalangan lori di Batu 26 Jalan Kuching-Serian
Next: Lelaki maut, kenderaan terbabas langgar tiang di Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.