
SARIKEI: Sebatang pokok rambutan setinggi kira-kira 20 kaki tumbang dan menghalang laluan di Jalan Kuong Kok, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.49 pagi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Kilok Lampas bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok rambutan telah tumbang dan menghalang lalu lintas,” katanya ketika dihubungi.


POTONG POKOK….Anggota bomba sedang memotong dahan pokok rambutan yang tumbang di Jalan Kuong Kok, semalam. Foto BBP Sarikei
Katanya, anggota bomba menggunakan mesin gergaji berantai untuk memotong pokok rambutan.
“Dahan pokok rambutan tumbang yang telah dipotong telah dialih ke tempat selamat.
“Operasi memotong dan mengalihkan pokok tersebut selesai dalam tempoh lebih kurang 49 minit.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 12.40 tengah hari,” katanya.
Oleh Earl Anek