Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 30 pegawai, petugas Istana Seri Kinabalu lafaz ikrar bebas rasuah
  • NASIONAL

30 pegawai, petugas Istana Seri Kinabalu lafaz ikrar bebas rasuah

Utusan Sarawak 5 days ago
PENGARAH SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah bergambar bersama selepas majlis lafaz IBR di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu. Foto SPRM


KOTA KINABALU: Sebanyak 30 pegawai serta petugas Istana Seri Kinabalu di sini melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Utama, Istana Seri Kinabalu semalam.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Fuad Bee Basrah manakala Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Izarudin Jalaludin mengetuai lafaz ikrar bagi pihak semua warga istana.

Dalam ucapan Izarudin, beliau turut mengingatkan semua pegawai dan petugas bahawa rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Integriti ialah kunci untuk mengelakkan diri daripada terpalit dengan rasuah maka sentiasalah menjadikan integriti sebagai amalan dan pedoman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SPRM Sabah atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: KKM tawar pemeriksaan menyeluruh, sokongan psikososial kepada sukarelawan GSF
Next: Spekulasi pembubaran DUN Sabah semakin hangat, terbaru dijangka Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.