Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS umum perubahan waktu operasi Kolam Renang Delta sempena Perayaan Pesta Kuih Bulan
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS umum perubahan waktu operasi Kolam Renang Delta sempena Perayaan Pesta Kuih Bulan

Utusan Sarawak 3 days ago
MAJLIS Perbandaran Sibu (MPS)

SIBU: Orang ramai yang bercadang untuk beriadah di Kolam Renang Delta pada 6 Oktober ini diminta menyusun semula jadual mereka susulan perubahan waktu operasi kolam tersebut sempena sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Pesta Kuih Bulan).

Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kolam renang berkenaan hanya akan dibuka dari 4.00 petang hingga 6.00 petang pada tarikh tersebut sebelum ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada penganjuran program perayaan.

“MPS memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Waktu operasi kolam akan kembali seperti biasa pada 7 Oktober.

Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan antara perayaan penting masyarakat Tionghua yang diraikan dengan pelbagai aktiviti budaya, jamuan keluarga dan persembahan tradisi.

Orang ramai disaran mengikuti saluran rasmi MPS bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung sebarang perubahan perkhidmatan di bawah pihak berkuasa tempatan itu.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: RM65,000 disalurkan kepada 24 badan komuniti menerusi dana MRP di Miri
Next: KIPS simbol iltizam martabatkan pendidikan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.