Anwar jamin usaha maksimum bebaskan aktivis Malaysia – SNCC

Facebook
WhatsApp
KETUA Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery ketika sidang media mengenai situasi terkini kapal-kapal Misi Global Sumud Flotilla Sumud Nusantara di Pusat Gerakan Sumud Nusantara (SNCC) semalam. Foto BERNAMA

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang melaksanakan usaha maksimum untuk membebaskan aktivis negara yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata beliau dihubungi perdana menteri pada 8.10 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan serta keselamatan para aktivis dan ahli keluarga mereka.

“Beliau selaku Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara bertanya khabar mengenai keadaan keluarga aktivis, kesihatan mereka, serta meminta saya menyampaikan salam beliau selain memberi jaminan penuh terhadap usaha kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sani Araby berkata Anwar turut mengadakan rundingan diplomatik dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio.

Beliau berkata sidang media akan diadakan pada 4.00 petang ini bagi memaklumkan perkembangan lanjut mengenai GSF.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Kementerian Luar sebelum ini mengesahkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.- Bernama

Sekolah di Serian dibuka semula esok

KUCHING: Semua sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti sediakala mulai esok. Jabatan