
SYDNEY: Sebuah pesawat Qantas menuju ke Afrika Selatan terpaksa berpatah balik ke Sydney pada malam Selasa akibat masalah teknikal, menurut syarikat penerbangan itu pada Rabu, lapor Xinhua.
Penerbangan Qantas QF63 ke Johannesburg berlepas dari Lapangan Terbang Sydney pada 10.14 pagi waktu tempatan dengan membawa kira-kira 400 penumpang.
Bagaimanapun, selepas empat jam di udara, pesawat Airbus A380 itu terpaksa berpatah balik berikutan kerosakan pada sistem komunikasi satelit dan mendarat semula di Lapangan Terbang Sydney tidak lama selepas 7.30 malam.
Jurucakap Qantas pada Rabu berkata tiada sebarang isyarat atau panggilan kecemasan lain dibuat sebelum pesawat berpatah balik.
Pesawat berkenaan akan diperiksa oleh pasukan jurutera bagi mengenal pasti punca masalah itu.
Semua penumpang ditawarkan penginapan dan dijadual semula menaiki penerbangan lain yang berlepas pada 1.00 petang Rabu.- Bernama-Xinhua