
Galatasaray meraikan kemenangan. Foto AFP
ISTANBUL: Liverpool dikejutkan Galatasaray 0-1 pada aksi Liga Juara-Juara apabila sepakan penalti Victor Osimhen pada minit ke-16 cukup untuk memberikan kemenangan buat gergasi Turki itu.
Juara England itu dihukum atas satu lagi prestasi hambar di Istanbul, sekali gus mencatat dua kekalahan berturut-turut di bawah kendalian Arne Slot.
Liverpool sebelum ini tewas buat kali pertama musim ini kepada Crystal Palace namun beberapa kemenangan di lewat permainan menyelamatkan permulaan musim mereka yang kurang meyakinkan selepas perubahan besar dalam skuad yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Slot bertindak merehatkan Mohamed Salah dan pemain bernilai RM707 juta, Alexander Isak di bangku simpanan bersama tiga lagi pertukaran dalam kesebelasan utama.
Galatasaray sebelum ini dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara namun juara Turki itu jauh lebih kuat di laman sendiri dan mengambil kesempatan atas kelemahan pertahanan Liverpool.
Pada aksi itu, Osimhen menyempurnakan sepakan penalti selepas lengan Dominik Szoboszlai terkena muka Burak Yilmaz. -AFP