Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BUDI95: Petronas tubuh pasukan pantau operasi stesen minyak Petronas seluruh negara
  • NASIONAL

BUDI95: Petronas tubuh pasukan pantau operasi stesen minyak Petronas seluruh negara

Utusan Sarawak 1 week ago
GAMBAR hiasan.

KAJANG: Petronas menubuhkan pasukan khas bagi memantau dan menyelesaikan sebarang isu berbangkit dalam proses perlaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi Petronas Dagangan Bhd Azureen Azita Abdullah berkata pasukan itu membuat  pemantauan 24 jam bersama rakan kerjasama teknikal dan stesen minyak Petronas bagi menjamin sistem dapat berfungsi tanpa gangguan.

“Setakat ini tidak ada isu yang kita tak boleh urus. Semua dalam kawalan. Kita boleh kesan secepat mungkin kalau ada masalah,” katanya.

Azureen Azita berkata demikian selepas melakukan tinjauan perlaksanaan inisiatif BUDI95 di stesen minyak Petronas Jalan Reko 2 di sini hari ini yang turut disertai Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Beliau berkata Petronas kini sedang memperkukuh aspek komunikasi dan latihan pasukan khas itu memandangkan cabaran utama dalam minggu awal pelaksanaan BUDI95 adalah untuk memberi pemahaman kepada pengguna mengenai prosedur baharu inisiatif itu.

“Kita di Petronas telah latih semua kru dan rakan niaga usahawan stesen. Kita juga ada kaunter pertanyaan di setiap stesen. Mungkin satu dua hari ini kena terangkan dengan lebih terperinci. Tetapi insya-Allah, kalau sudah menjadi rutin harian ia akan lancar. Tak ada masalah,” katanya.

Sementara itu, Khairul Annuar berkata kebanyakan pengusaha stesen minyak telah mengambil langkah proaktif menambah petugas bagi membantu pelanggan memahami kaedah pengisian minyak bersubsidi, terutama golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata walaupun proses transaksi di stesen minyak berjalan lancar, pihaknya mendapati masih terdapat pelanggan yang memerlukan bimbingan secara langsung di stesen.

Khairul Annuar berkata selain penambahan staf, pengusaha stesen turut menyediakan bahan maklumat tambahan seperti paparan infotainment, risalah bercetak serta menggunakan media sosial bagi memberi penerangan kepada pengguna.

 Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang layak mula menikmati manfaat inisiatif BUDI95 tepat 12 tengah malam tadi.

Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini, dengan setiap individu diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara kini 56 peratus – Nancy
Next: BUDI95 catat tiga juta pengguna, jualan lebih RM91 juta dalam tempoh empat hari – Amir Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.