Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • i-CATS dan Istanbul Teknik University perkukuh kerjasama aeroangkasa
  • PENDIDIKAN

i-CATS dan Istanbul Teknik University perkukuh kerjasama aeroangkasa

Utusan Sarawak 6 days ago
KOLEJ Universiti i-CATS (i-CATS) dan Istanbul Teknik University (ITU) menjalin kerjasama strategik untuk mempertingkatkan pendidikan aeroangkasa, penyelidikan dan pembangunan bakat. Foto i-CATS

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS (i-CATS) dan Istanbul Teknik University (ITU) menjalin kerjasama strategik untuk mempertingkatkan pendidikan aeroangkasa, penyelidikan dan pembangunan bakat.

Inisiatif itu, yang dirasmikan baru-baru ini di Istanbul, bertujuan menyokong cita-cita Sarawak untuk meletakkan negeri itu sebagai hab serantau industri aeroangkasa dan teknologi tinggi sambil memperluas kerjasama antarabangsa i-CATS.

Antara bidang kerjasama ialah pertukaran pelajar siswazah dalam Kejuruteraan Astronautik, projek penyelidikan bersama dalam aeroangkasa dan bidang berkaitan, serta perkongsian bahan dan maklumat saintifik untuk menggalakkan inovasi dan kemajuan ilmu.

Kedua-dua institusi juga bersetuju untuk menganjurkan lawatan akademik, pertukaran fakulti dan program latihan, termasuk peluang untuk pensyarah i-CATS menjalani latihan khusus di ITU bagi mengukuhkan kepakaran mereka dalam pendidikan dan penyelidikan aeroangkasa.

KOLEJ Universiti i-CATS (i-CATS) dan Istanbul Teknik University (ITU) menjalin kerjasama strategik untuk mempertingkatkan pendidikan aeroangkasa, penyelidikan dan pembangunan bakat. Foto i-CATS

Pengerusi Lembaga Pengarah i-CATS Tan Sri Abdul Aziz Husain menyifatkan kerjasama itu sebagai pencapaian penting bagi institusi itu.

“Ia menggariskan visi Sarawak untuk meletakkan negeri ini sebagai peneraju dalam industri teknologi tinggi, sambil memastikan pelajar dan penyelidik kita didedahkan kepada kepakaran dan peluang bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naib Canselor i-CATS, Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata kerjasama dengan ITU, yang merupakan peneraju penyelidikan kejuruteraan dan aeroangkasa diiktiraf di peringkat global, mencerminkan komitmen kolej universiti itu untuk memupuk bakat dan memacu inovasi yang akan memberikan manfaat kepada Sarawak dan wilayah sekitarnya.  

Naib Rektor Pendidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa ITU, Prof Dr İpek Akın Karadayı berkata universiti itu menghargai kerjasama global kukuh yang membuka pintu untuk pertukaran pengetahuan, penyelidikan lanjutan dan hubungan industri.

“Kerjasama kami dengan Kolej Universiti i-CATS akan mewujudkan peluang berharga kepada pelajar dan fakulti untuk melibatkan diri dalam projek bermakna yang menyumbang kepada sektor aeroangkasa di Turkiye, Sarawak dan seterusnya,” tambahnya.

Kedua-dua institusi menyatakan keyakinan bahawa kerjasama itu akan memupuk inovasi, mengukuhkan pendidikan aeroangkasa dan menyumbang kepada pertumbuhan serantau dalam sektor teknologi tinggi.

-BERNAMA

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SK Batang Lassa akan dibina semula di tapak baharu, peruntukan RM57 juta diluluskan
Next: 950 pelajar SMK Kai Chung dididik bahaya penipuan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.