Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan tadika ke BBP Lutong serlah peranan bomba dalam pendidikan keselamatan awal
  • Utara
  • WILAYAH

Lawatan tadika ke BBP Lutong serlah peranan bomba dalam pendidikan keselamatan awal

Utusan Sarawak 2 days ago
SERONOK…Gambar sekitar lawatan sambil belajar kanak-kanak dari Tadika Tot’s Kindergartens Zone, Southlake bersama guru pengiring dan ibu bapa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, semalam.

MIRI: Pasukan bomba memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan masyarakat menerusi pendedahan awal, peningkatan kesedaran serta pemupukan budaya kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan.

Sehubungan itu, seramai 25 kanak-kanak dari Tadika Tot’s Kindergartens Zone, Southlake, bersama empat guru pengiring dan 25 ibu bapa, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, semalam.

Ketibaan rombongan disambut Penyelia Pasukan Alpha, PBK II (KUP) Edwin Siba bersama pegawai serta anggotanya.

Sepanjang lawatan, kanak-kanak didedahkan dengan tatacara menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam bangunan yang dipenuhi asap, menerusi penerangan yang disampaikan oleh PBK II (KUP) Stephen Saga Gurang dan PB Mikeson Matter, dibantu oleh PBB Mohd Ashraf Amirul Razaman dan PBB Manuel Tarang Musa.

Rombongan turut dibawa melawat bilik kawalan, yang diterangkan oleh PBB Tim Ryan Bawit, selain berpeluang menaiki jentera bomba dan bermain air menggunakan hos bomba bersama PBB Muhammad Sazri’isyak Sopian dan PBB Syed Abdul Haqimi Wan Sakawi.

Dalam pada itu, ibu bapa turut diberi penerangan mengenai fungsi dan peranan pasukan bomba melalui lawatan ke Sudut Informasi, Sudut EKSA, dan Sudut Go Green.

Menurut Ketua BBP Lutong, PBT II Henry Jugah, program seperti ini memberi peluang kepada masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak dan ibu bapa, untuk lebih memahami kepentingan peranan bomba dalam kehidupan seharian.

“Melalui program sebegini, ibu bapa dan anak-anak bukan sahaja dapat melihat tugas bomba secara dekat, malah menyedari kepentingan aspek keselamatan serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program vaksinasi anti-rabies percuma untuk anjing di Lawas sepanjang Oktober-November
Next: Bomba bertindak pantas bersihkan tumpahan minyak 4KM di Jalan Tun Razak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.