Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus pembuatan roti buka peluang jana pendapatan
  • Utara
  • WILAYAH

Kursus pembuatan roti buka peluang jana pendapatan

Utusan Sarawak 3 days ago

UNTUK… Chiew Choon Man merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kursus Jangka Pendek Pembuat Roti anjuran Kolej Komuniti Miri. 

MIRI: Kursus pembuatan roti yang dianjurkan baru-baru ini memberi pendedahan kepada teknik asas serta membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan sampingan.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, program berkenaan membawa manfaat besar khususnya kepada golongan warga emas dengan menggalakkan mereka kekal aktif, berdikari dan berdaya saing dalam kehidupan seharian.

“Program ini amat bermakna kerana ia bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi juga membolehkan peserta memanfaatkan kemahiran yang dipelajari untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, bergabung dengan komuniti setempat atau menyertai pelbagai program sokongan lain yang tersedia di Miri,” katanya pada pada majlis ringkas Kursus Jangka Pendek Pembuat Roti di sini baru-baru ini.

Beliau turut menghargai inisiatif Kolej Komuniti Miri dan PPSDM yang disifatkan sentiasa menjadi rakan strategik dalam membangunkan modal insan melalui pelbagai kursus jangka pendek yang inklusif dan mesra komuniti.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaan kepada PAWE Miri kerana terus memberi sokongan kepada warga emas untuk menyertai aktiviti berfaedah sekali gus menjadikan mereka lebih berdikari, ceria dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan masyarakat.

Chiew berkata, peluang mengikuti kursus kemahiran tidak seharusnya terhad kepada warga emas sahaja, malah digalakkan kepada golongan belia, suri rumah dan individu lain yang mahu meningkatkan kemahiran diri.

“Dengan adanya kemahiran, rakyat bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup mereka, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat, selaras dengan aspirasi menjadikan Miri sebuah bandar progresif dan sejahtera,” ujarnya.

Seramai 15 warga emas dari PAWE Miri berjaya menamatkan kursus berkenaan dan menerima sijil yang disampaikan oleh Chiew Choon Man.

Kursus tersebut dianjurkan oleh Kolej Komuniti Miri dengan kerjasama Persatuan Prihatin Sibuti dan Daerah Miri (PPSDM) serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program al-Quran perkukuh nilai Islam – Safiee
Next: Jerayawara Sarawak Lestari platform didik masyarakat jaga alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.