Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Politeknik Matang
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Politeknik Matang

Utusan Sarawak 4 days ago
KEMALANGAN… Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berada di lokasi kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal di Jalan Politeknik Matang, Kuching.

KUCHING: Seorang lelaki dewasa cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan motosikal yang ditungganginya di Jalan Politeknik Matang di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.27 tengah hari.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menggerakkan sebuah jentera FRT bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai.

KEMALANGAN… Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berada di lokasi kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal di Jalan Politeknik Matang, Kuching.

“Setibanya di lokasi pada 1.48 tengah hari, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal, dengan penunggang hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, tiada operasi penyelamatan dijalankan kerana mangsa telah dibawa pulang ke rumah oleh rakannya.

Operasi diketuai PBK II Asmadi Mohamad Nawei itu tamat sepenuhnya pada 1.50 tengah hari.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga cedera kemalangan dua lori di Lebuh Raya Pan Borneo Betong
Next: Mayat warga emas ditemui di dasar gaung berhampiran Grand Old Lady

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.