Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera kemalangan dua lori di Lebuh Raya Pan Borneo Betong
  • KEMALANGAN

Tiga cedera kemalangan dua lori di Lebuh Raya Pan Borneo Betong

Utusan Sarawak 4 days ago

KEMALANGAN jalan raya melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah lori lima tan di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sarawak Energy Sub Station Betong, pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Tiga orang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah lori lima tan di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sarawak Energy Sub Station Betong, pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.28 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan dua buah lori. Dua mangsa dari lori lima tan telah berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Manakala dua mangsa lori tiga tan tidak berada di dalam kenderaan kerana sedang melakukan kerja-kerja di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

KEMALANGAN jalan raya melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah lori lima tan di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sarawak Energy Sub Station Betong, pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

Tiga mangsa mengalami kecederaan, seorang cedera ringan, seorang cedera pada kaki kiri, manakala seorang lagi cedera pada tangan kiri. Kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Tiada operasi penyelamatan khas dijalankan dan pasukan bomba menamatkan operasi pada 9.20 pagi selepas memastikan kawasan kejadian selamat.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan ll, Judi Numpang dan turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi
Next: Penunggang motosikal cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Politeknik Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.