Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 9 saman dikeluarkan dalam Op Samseng jalanan di Bintangor
  • JENAYAH

9 saman dikeluarkan dalam Op Samseng jalanan di Bintangor

Utusan Sarawak 1 week ago
OP SAMSENG…..Pihak polis menjalankan operasi Op Samseng di kawasan Jalan KJD, semalam. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Sebanyak sembilan saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan oleh pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong sepanjang Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Jalan KJD.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi tersebut bermula 11.00 malam hingga 3.00 pagi semalam.

“Operasi ini dilaksanakan untuk membanteras kegiatan lumba haram, pengubahsuaian motosikal yang tidak sah, serta memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama.

OP SAMSENG…..Pihak polis menjalankan operasi Op Samseng di kawasan Jalan KJD, semalam. Foto IPD Meradong 

“Sepanjang operasi, sebanyak sembilan saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi serta penggunaan ekzos bising atau yang diubah suai,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menasihatkan semua penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan mengelakkan pengubahsuaian yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Ibu bapa juga diingatkan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang,” tambahnya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bau Police calls for eye witness in fatal accident at Chung Hua Paku
Next: Lima rekod kesalahan dadah, lelaki ditangkap dalam pemeriksaan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.