
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, dengan penuh hormat dan takzim menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim, yang ke-56.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut mendoakan semoga KDYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Kelantan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Subhanahu Wata‘ala, dikurniakan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan yang berterusan, serta kebijaksanaan dalam kepimpinan.
Tun Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar Negeri Kelantan terus menikmati kemajuan, kemakmuran dan perpaduan, di bawah naungan pemerintahan KDYMM Tuanku.
Daulat Tuanku.