Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mr Kiron dinobat Duta Kucing Kuching Utara, juara empat tahun berturut-turut
  • SEMASA

Mr Kiron dinobat Duta Kucing Kuching Utara, juara empat tahun berturut-turut

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MR Kiron Duta Kucing Bandaraya Kuching Utara bersama Penaung Kelab Kucing Kiron Malaysia.

KUCHING:  Festival Kucing Antarabangsa Kuching (KICF) 2025 menutup tirai dengan penuh gemilang apabila kucing baka Maine Coon bernama Mr Kiron secara rasmi dinobatkan sebagai Duta Kucing Bandaraya Kuching Utara.

Pelantikan tersebut merupakan pengiktirafan istimewa setelah Mr Kiron mencatat kejayaan luar biasa dengan mengekalkan gelaran Juara Kebangsaan Pertunjukan Kuching Seduniaselama empat tahun berturut-turut (2022–2025). 

Kejayaan tersebut bukan sahaja mengangkat nama Mr Kiron, malah turut mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Sebagai Duta Bandaraya, Mr Kiron kini menjadi wajah utama festival kucing sekali gus memperkukuh imej Kuching sebagai ‘Bandar Kucing’ di mata dunia. 

Pengiktirafan itu turut membuktikan bahawa kucing tempatan mampu menjadi ikon global yang menghubungkan Kuching dengan komuniti pencinta haiwan antarabangsa.

Majlis perasmian Kelab Kiron Malaysia dan Penutupan KICF 2025  telah disempurnakan oleh Penaung Kelab Kucing Kiron Malaysia, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sepanjang tiga hari penganjuran, KICF 2025 yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching berjaya menarik ribuan pengunjung. 

Antara tarikan utama ialah Pertunjukan Kucing Sedunia yang menampilkan kira-kira 246 ekor kucing pelbagai baka dari dalam dan luar negara termasuk Thailand, Filipina, China, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Selain itu, acara perarakan kucing secara langsung mencuri perhatian ramai apabila sekitar 40 ekor kucing berarak sejauh 600 meter bermula dari Muzium Cina Kuching hingga ke pentas utama KICF 2025. Aksi comel kucing bersama pemiliknya menambahkan kemeriahan festival tahun ini.

Pelbagai aktiviti lain turut memeriahkan festival, antaranya Ekspo Kucing Saya, Demonstrasi Dandanan Kucing, Pertandingan Tarian Kucing, Pertunjukan Fesyen Kucing, serta persembahan pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung sepanjang program.

Penganjuran KICF 2025 adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mempromosikan Kuching sebagai destinasi pelancongan ikonik dan unik di Asia Tenggara. 

Festival itu juga menjadi platform penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui penyertaan peniaga, pengusaha industri haiwan peliharaan serta penggiat seni dan budaya.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Datuk Bandar Kuching Utara merangkap Penasihat 1 Kelab Kucing Kiron Malaysia, Dato Hilmy Othman.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirBorneo, Royal Brunei Airlines jalin kerjasama untuk laluan serantau
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.