Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jabatan Hutan Sarawak, Leo Club perkukuh pemuliharaan hutan di Hutan Simpan Sabal
  • TEMPATAN

Jabatan Hutan Sarawak, Leo Club perkukuh pemuliharaan hutan di Hutan Simpan Sabal

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANTARA peserta yang menyertai Program Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal, pagi tadi.

SIMUNJAN: Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Leo Club UCSI University menganjurkan Program Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal pagi tadi, sebagai inisiatif memperkukuh pemuliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar.

Program tersebut melibatkan lebih 100 peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah, ahli kelab belia serta masyarakat setempat.

Sebanyak 502 anak pokok bernilai tinggi spesies tempatan termasuk belian, meranti dan kapur berjaya ditanam dalam program tersebut, sebagai usaha memperkukuh pemuliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Leo Club Swinburne, UCSI University Sarawak Campus dan rakan belia daripada Lions Club, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam melibatkan generasi muda dan komuniti dalam usaha memelihara khazanah hutan negeri.

Jabatan Hutan Sarawak menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencapai matlamat pemuliharaan sumber hutan dan memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Turut hadir, Penolong Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Zarina Shebli, Penolong Profesor UCSI University Sarawak Dr. Ida Ingko, Pengerusi Lions Club of Kuching Wilayah 1 Jeff Lee, serta Presiden Lions Club of Kuching Centennial, Lynette Lee.

Continue Reading

Previous: NADI Gedong pacu komuniti ke arah ekonomi digital tanpa tunai
Next: SDK gerakkan pembangunan desa secara menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.