Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 29 pintu Rumah Panjang Austin musnah dijilat api di Song
  • KEBAKARAN

29 pintu Rumah Panjang Austin musnah dijilat api di Song

Utusan Sarawak 4 days ago

RANAP….Sebuah rumah panjang 29 pintu di Jalan Song Temalat Nanga Sungai Sipan, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak.

SONG: Sebuah rumah panjang 29 pintu musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi, menyebabkan semua penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku di Rumah Panjang Tuai Rumah Austin Ikew, yang terletak di Jalan Song–Temalat, Nanga Sungai Sipan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan 13 anggota bersama dua jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 4.21 pagi.

RANAP….Sebuah rumah panjang 29 pintu di Jalan Song Temalat Nanga Sungai Sipan, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak.

“Kebakaran rumah panjang 29 pintu, jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Kebakaran waktu ini telah terkawal.

“Pasukan bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Song membuat pemadaman. Pasukan pada waktu ini sedang membuat kerja membaik pulih menyeluruh,” kata kenyataan itu, sebentar tadi.

Setakat ini, kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah pekerja ladang sawit musnah dijilat api di Pusa, semua penghuni selamat
Next: Kereta musnah terbakar berhampiran Taman Negara Lambir Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.