Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Palace calar rekod kemenangan Liverpool
  • SUKAN

Palace calar rekod kemenangan Liverpool

Utusan Sarawak 2 days ago

Palace mengakhiri rekod tanpa kalah Liverpool. Foto AFP

LONDON: Rekod tanpa kalah Liverpool musim ini tercalar selepas Eddie Nketiah menjaringkan gol dramatik pada minit ke-97 untuk memberikan kemenangan 2-1 kepada Crystal Palace di Selhurst Park, malam tadi.

Ismaila Sarr membuka jaringan pada minit kesembilan – gol ketiganya dalam tiga pertemuan terakhir menentang Liverpool – selepas barisan pertahanan pelawat gagal mengeluarkan bola berpunca daripada sepakan sudut.

Palace kemudian terus meningkatkan serangan dan sepatutnya sudah mendahului 4-0 dalam 25 minit pertama, namun Liverpool terselamat hasil rembatan lemah Yeremy Pino serta ketangkasan penjaga gol, Alisson, yang menafikan percubaan Daniel Munoz dan Jean-Philippe Mateta.

Pemain gantian Liverpool, Federico Chiesa, menyamakan kedudukan pada minit ke-87 dan hampir menghadiahkan keputusan seri 1-1 yang dianggap ‘rompakan’ buat The Reds.

Namun, Nketiah melepasi kawalan untuk menewaskan Alisson di penghujung permainan, sebelum jaringan itu disahkan selepas semakan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR), sekali gus melonjakkan Palace ke tangga kedua liga sebagai satu-satunya pasukan yang masih belum tewas. – Agensi

Continue Reading

Previous: West Ham lantik Nuno ganti Potter
Next: Liverpool boleh salahkan diri sendiri tewas kepada Palace – Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.