Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja maut motosikal langgar belakang lori di Jalan Airport, Miri
  • KEMALANGAN

Remaja maut motosikal langgar belakang lori di Jalan Airport, Miri

Utusan Sarawak 6 days ago
MAUT…Lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja lelaki dengan sebuah lori rigid di Jalan Airport, Miri,pagi tadi. 

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori rigid di Jalan Airport, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar 10.15 pagi ketika lori berkenaan berhenti di lampu isyarat merah.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar bahagian belakang lori.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Menurutnya, lori tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizbul Ab. Rahim di talian 014-858 2582 atau 085-430 479, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Mangsa bot karam di Sungai Krian ditemui meninggal dunia
Next: Tiga mangsa bot karam Sungai Krian masih hilang, operasi SAR disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.