Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh ditahan serbuan AADK Sibu, empat positif dadah
  • JENAYAH

Tujuh ditahan serbuan AADK Sibu, empat positif dadah

Utusan Sarawak 2 weeks ago
DITAHAN… Tujuh individu telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas yang dilaksanakan oleh AADK Sibu. Foto AADK Sibu

SIBU: Seramai tujuh individu telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu selama dua hari bermula 23 hingga 24 September ini.

AADK Daerah Sibu dalam kenyataan di Facebook rasminya semalam berkata operasi yang digerakkan dengan kekuatan seramai tujuh pegawai dan anggota AADK ini menyasarkan kawasan tertentu di sekitar bandar Sibu.

Objektif utama pelaksanaan Operasi Cegah Khas ini adalah sebagai langkah proaktif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk mengesan dan menahan individu yang terlibat dengan penagihan dadah.

DITAHAN… Tujuh individu telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas yang dilaksanakan oleh AADK Sibu. Foto AADK Sibu

Seterusnya, AADK memastikan mereka yang terlibat dapat menjalani rawatan dan pemulihan yang ditawarkan, sama ada dalam komuniti atau institusi, selari dengan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah diluluskan baru-baru ini.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memutuskan rangkaian bekalan dan permintaan terhadap bahan terlarang di kawasan-kawasan sasaran yang telah dikenal pasti di Sibu.

Bagi tujuh individu lelaki telah ditahan, seramai empat orang berusia antara 19 hingga 40 tahun didapati positif Methamphetamine (syabu) hasil ujian saringan awal.

Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah akta berkenaan dan AADK akan terus mempergiat operasi seumpamanya demi mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Gegar dan Ops Selera: Imigresen Sarawak gempur kegiatan haram di Kuching
Next: Polis Saratok tumpaskan sindiket curi motosikal, warga Indonesia ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.