

SAMBUTAN RAMAI… Seramai 700 murid dari peringkat Pra Sekolah hingga Tahun 6 menyertai pameran antidadah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village, semalam.
MIRI: Seramai 700 murid dari peringkat prasekolah hingga Tahun 6 telah menyertai pameran antidadah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village, di sini semalam.
Menurut kenyataan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, pengisian program adalah mengadakan ceramah dan pameran antidadah.
“AADK amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan SK Lambir Village dalam usaha melahirkan generasi bebas dadah.


TERIMA KASIH… Penceramah dari Unit Pencegahan AADK Daerah Miri, Syahrul Abu Bakar menerima cenderahati daripada pihak SK Lambir Village, semalam.
“Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai bahaya penggunaan serta penagihan dadah dan bahan terlarang, di samping membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa ceramah tersebut telah disampaikan oleh Syahrul Abu Bakar dari Unit Pencegahan AADK Daerah Miri.
Sehubungan itu, AADK turut mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana pihak untuk bersama-sama menjayakan program pencegahan dadah di daerah ini.
Oleh Adum Liu