Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karnival Sukan Borneo 2025 meriah, raikan semangat komuniti
  • SUKAN

Karnival Sukan Borneo 2025 meriah, raikan semangat komuniti

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat menghadiri Majlis Pembukaan Karnival Sukan Borneo 2025 di Dataran Perayaan, malam ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Karnival Sukan Borneo 2025 membuka tirai dengan penuh meriah di Dataran Perayaan, malam ini, menghimpunkan orang ramai dalam suasana muzik, makanan dan semangat kebersamaan komuniti.

Majlis pembukaan itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat yang tampil mesra berjalan di sekitar kawasan karnival bersama para pengunjung.

TIMBALAN Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat menghadiri Majlis Pembukaan Karnival Sukan Borneo 2025 di Dataran Perayaan, malam ini. Foto UKAS

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para peniaga sambil menyampaikan apron karnival sebagai tanda penghargaan, satu gesture penuh makna yang menceriakan wajah para pengusaha gerai.

Suasana malam semakin hangat apabila sesi karaoke menjadi tumpuan, dengan peserta menyampaikan pelbagai lagu daripada irama klasik sehingga ke hit masa kini, disambut dengan sorakan dan gelak tawa penonton.

Di samping itu, gerai-gerai karnival turut menampilkan kepelbagaian kreativiti keusahawanan masyarakat Sarawak.

TIMBALAN Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat menghadiri Majlis Pembukaan Karnival Sukan Borneo 2025 di Dataran Perayaan, malam ini. Foto UKAS

Pengunjung berpeluang menikmati minuman air balang, membeli pakaian bundle, melihat tanaman pasu hiasan serta menjamu selera dengan pelbagai sajian makanan menarik.

Keunikan suasana malam turut ditambah dengan jualan barang kemas buatan tangan yang berkonsepkan tradisional dan kontemporari, selain minyak wangi berasaskan gula apong yang diinovasi secara kreatif.

Karnival Sukan Borneo 2025 akan terus menjadi platform meriah bagi menonjolkan ekspresi budaya, keusahawanan tempatan dan kegembiraan komuniti, seiring dengan semangat kesukanan yang menjadi teras penganjuran temasya ini.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 berjalan lancar
Next: Dokumen palsu: FIFA denda FAM, tujuh pemain naturalisasi digantung 12 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.