Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Borneo 2025: Sarawak dominasi renang, raih lebih banyak emas
  • SUKAN

Sukan Borneo 2025: Sarawak dominasi renang, raih lebih banyak emas

Utusan Sarawak 3 days ago
SUKAN BORNEO… Dari kiri: Laura Lee (Sabah) perak, Shanise Jauwa Joseline Adong (Sarawak) emas, Sharmeen Mohammad Mharvin (Sabah) gangsa bagi Kategori 200m Kuak Lentang Wanita. Foto UKAS

PETRA JAYA: Saingan renang sempena Sukan Borneo 2025 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, hari ini, menyaksikan atlet Sarawak mengekalkan rentak kecemerlangan dengan menambah koleksi pingat emas.

Bagi acara 200 meter kuak lentang wanita, Shanise Jauwa Joseline Adong, 15, mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 minit 27.96 saat sekali gus menghadiahkan pingat emas buat Sarawak.

SUKAN BORNEO… Dari kiri: Joel Ling Thai Yu (Brunei) perak, Puong Wei Hii (Sarawak) emas, Danniel Chan Zhi Zhen (Brunei) gangsa bagi Kategori 200m Kuak Lentang Lelaki. Foto UKAS

Sementara itu, acara 200 meter kuak lentang lelaki turut menyaksikan kejayaan atlet Sarawak apabila Puong Wei Hii, 22, muncul juara dengan catatan 2:09.81.

SUKAN BORNEO… (Dari kiri) Kayleigh Zhi Zuan Ang (Sarawak) perak, Chereen Yirui Ngo (Sarawak) emas, Xue Wen Lee (Sabah) gangsa bagi Kategori 50m Kuak Dada Wanita. Foto UKAS

Bagi acara 50 meter kuak dada wanita, Sarawak membolot kedudukan podium apabila Chereen Yirui Ngo, 15, meraih emas (35.38s) manakala Kayleigh Zhi Zuan Ang, 15, membawa pulang perak (36.13s).

SUKAN BORNEO… (Dari kiri) Magdalene Ing Siew Lau (Sarawak) perak, Kayleigh Zhi Zuan Ang (Sarawak) emas, Xue Wen Lee (Sabah) gangsa bagi Kategori 200m Kuak Campuran Individu Wanita. Foto UKAS
 

Kayleigh tidak berhenti di situ apabila sekali lagi menyerlah dalam acara 200 meter kuak medley wanita dengan merangkul emas melalui catatan masa 2:32.16, manakala rakan sepasukannya, Magdalene Ing Siew Lau, 19, membawa pulang perak dengan catatan 2:37.57.

SUKAN BORNEO… Dari kiri: Joel Ling Thai Yu (Brunei) perak, Puong Wei Hii (Sarawak) emas, Sheamus Heng Yi Chew (Sarawak) gangsa bagi Kategori 200m Kuak Campuran Individu Lelaki. Foto UKAS

Kejayaan Sarawak diteruskan oleh Puong Wei Hii yang sekali lagi naik podium apabila memenangi emas dalam acara 200 meter kuak medley lelaki dengan catatan 2:08.65. Sarawak juga menambah koleksi pingat melalui Sheamus Heng Yi Chew, 13, yang meraih gangsa.

SUKAN BORNEO… Emas Sarawak (Jeff Yu Yang Chua, Darren Yi Chen Leong, Matthias Ming Zhi Liew, Ryan Colby Poh Yuan Kueh) bagi Kategori: 4x100m Gaya Tukar Ganti (Lelaki). Foto UKAS

Bagi acara berpasukan 4×100 meter kuak medley lelaki, regu Sarawak yang dianggotai Jeff Yu Yang Chua, Darren Yi Chen Leong, Matthias Ming Zhi Liew dan Ryan Colby Poh Yuan Kueh berjaya menghadiahkan emas selepas mencatat masa 4:05.41 sekali gus mengatasi pasukan Brunei dan Labuan.

Sehingga hari ini, Sarawak telah mengumpul sebanyak 11 pingat emas, 14 perak dan 7 gangsa keseluruhan dalam acara renang sejak hari pertama Sukan Borneo 2025 bermula.

Prestasi hari ini mengekalkan kedudukan Sarawak sebagai antara pasukan kuat dalam renang di Borneo.


Oleh Adele Rissa dan Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo Kuching 2025: Olahraga Sarawak raih 10 emas hari kedua
Next: Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.