Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut, sembilan cedera kemalangan di hadapan Klinik Skrang
  • KEMALANGAN

Dua maut, sembilan cedera kemalangan di hadapan Klinik Skrang

Utusan Sarawak 21 hours ago
KEMALANGAN maut melibatkan van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Dua lelaki maut manakala sembilan yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.59 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Fhazil Abang Abdul Manaf digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer (km).

KEMALANGAN maut melibatkan van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

PGO berkata, kemalangan membabitkan van yang membawa lapan penumpang dengan kereta Toyota Land Cruiser yang dinaiki tiga sekeluarga.

“Dua lelaki dewasa dari van disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala enam lagi penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

“Tiga mangsa dalam kereta Land Cruiser iaitu seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

KEMALANGAN maut melibatkan van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Operasi menyelamat turut melibatkan pasukan KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pasukan bomba menamatkan operasi sepenuhnya pada 1.25 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Betong, Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi turut berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, sembilan cedera dalam nahas van dan pacuan empat roda di Skrang
Next: Empat hilang, enam selamat kejadian bot karam di Sungai Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.