Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak unggul di Sukan Borneo 2025, sapu emas acara olahraga
  • SUKAN

Sarawak unggul di Sukan Borneo 2025, sapu emas acara olahraga

Utusan Sarawak 3 days ago
SARAWAK kuasai podium dengan emas milik Syarifah Nur Alisya Syed Zafirna (tengah), perak Darellyn Denisa Deng Dannis (kiri) dan gangsa Dilfa Rizky Fakhira dari EKU (kanan). Foto JAPEN 

PETRA JAYA: Sukan Borneo 2025 menyaksikan dominasi atlet Sarawak apabila mereka mengutip deretan pingat dalam acara akhir olahraga di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Bagi acara 100 meter berpagar wanita, Syarifah Nur Alisya Syed Zafirna menghadiahkan pingat emas manakala rakan sepasukan, Darellyn Denisa Deng Dannis meraih perak. Gangsa dimenangi atlet Eku, Dilfa Rizky Fakhira.

PASUKAN Sarawak dibarisi Mosmilian Astute Malam, Muhamad Irsyad Nabil Ismail, Yusry Muhammad Saifullahdan Muhamad Qarliff Kuyt Abdullah meraih emas (tengah), manakala Labuan di tempat kedua (kiri) dan satu lagi pasukan Sarawak di tempat ketiga (kanan). Foto JAPEN 

Kejayaan berganda turut diraih dalam acara 4×400 meter berganti-ganti lelaki apabila kuartet Sarawak yang dibarisi Mosmilian Astute Malam, Muhamad Irsyad Nabil Ismail, Yusry Muhammad Saifullah dan Muhamad Oarliff Kuyt Abdullah menamatkan saingan di tempat pertama untuk emas. 

Perak menjadi milik pasukan Labuan, manakala pasukan kedua Sarawak melengkapkan podium dengan gangsa.

EMAS dimenangi Elvin Zhi Xian Yap dari Sarawak (tengah), perak Muhammad Ilham Jaffar (kiri) dan gangsa Muhamad Fazrul Nizam Ajah (kanan), kedua-duanya dari Sabah. Foto JAPEN

Bagi acara 110 meter berpagar lelaki, Elvin Zhi Xian Yap memastikan emas kekal di tangan Sarawak. Pingat perak dan gangsa dimenangi atlet Sabah, Muhammad Ilham Jaffar dan Muhamad Fazrul Nizam Ajah.

SARAWAK sapu bersih podium menerusi Wong Ping Liew (emas, tengah), Yoyo Zhi Yao Wong (perak, kiri) dan Grace Xiu Mei Wong (gangsa, kanan). Foto JAPEN

Acara lontar tukul besi wanita pula menyaksikan sapuan bersih Sarawak menerusi Wong Ping Liew yang muncul juara, diikuti Yoyo Zhi Yao Wong (perak) dan Grace Xiu Mei Wong (gangsa).

SARAWAK sekali lagi mendominasi apabila Adiana Irence Wong (emas, tengah), Cristabell Deanna Bidin (perak, kiri) dan Cristal Chung Ke Xin (gangsa, kanan) melengkapkan kedudukan podium. Foto JAPEN 

Emas acara jalan kaki 5,000 meter wanita menjadi milik Adiana Irence Wong disusuli Cristabell Deanna Bidin (perak) dan Cristal Chung Ke Xin (gangsa) untuk dominasi penuh Sarawak.

Oleh Adele Rissa dan Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ujian getir Liverpool, Arsenal. United pula perlukan momentum kemenangan
Next: Terbuka Korea: Beregu campuran negara tersingkir di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.