Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM Sarawak di bawah kepimpinan baharu, tekad perkukuh usaha banteras dadah
  • TEMPATAN

PDRM Sarawak di bawah kepimpinan baharu, tekad perkukuh usaha banteras dadah

Utusan Sarawak 2 days ago
KENANGAN… Datuk Mancha Ata merakam kenangan ketika penyerahan tugas kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, hari ini.

KUCHING: Pelantikan Datuk Mohamad Zainal Abdullah sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh keselamatan negeri ini, khususnya dalam membanteras penyalahgunaan dadah jenis sintetik.

Beliau bertekad menggunakan pengalaman luasnya dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk memastikan Sarawak bebas daripada ancaman dadah yang semakin kompleks.

Menurut beliau, strategi holistik akan digerakkan sebaik menerima laporan penuh mengenai situasi semasa di negeri ini.

“Isu dadah sintetik kini semakin menular bukan sahaja di negara kita, malah di peringkat global. Jadi saya mahu melihat gambaran sebenar keadaan di Sarawak sebelum kita merangka pendekatan terbaik untuk membanterasnya secara bersama,” katanya.

Datuk Mohamad Zainal berkata demikian selepas majlis serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini, yang turut disaksikan Ketua Pengarah Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus.

Majlis itu menyaksikan mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata menyerahkan tanggungjawab kepimpinan nombor satu polis negeri ini kepada beliau.

Masyarakat Sarawak kini meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan baharu ini bagi memperkukuh kepercayaan orang ramai terhadap pasukan polis dan pada masa sama mengekang jenayah terancang termasuk sindiket dadah antarabangsa.

Dengan kepimpinan baharu ini, PDRM Sarawak diyakini mampu terus menggalas amanah menjaga keselamatan rakyat, selain memperkukuh imej pasukan polis sebagai benteng utama menentang jenayah.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiada akta Parlimen boleh mengatasi hak Sarawak dalam Perlembagaan dan MA63
Next: Online scams evolving fast, public must stay vigilant – Milton Foo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.