Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 11,101 kenderaan telah didaftar dalam SKPS
  • SEMASA

11,101 kenderaan telah didaftar dalam SKPS

Utusan Sarawak 23 hours ago
SEBANYAK 11,101 kenderaan telah didaftarkan dalam Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) melibatkan 4,412 syarikat sejak pendaftaran dibuka pada 15 September hingga semalam.

PENAMPANG: Sebanyak 11,101 kenderaan telah didaftarkan dalam Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) melibatkan 4,412 syarikat sejak pendaftaran dibuka pada 15 September hingga semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata angka itu merangkumi kira-kira 11 peratus daripada 100,000 kenderaan yang dianggarkan layak untuk didaftarkan, melibatkan 21 kategori pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan.

Justeru, beliau menggesa supaya syarikat kenderaan perdagangan untuk segera mendaftar kenderaan masing-masing dalam SKPS bagi menikmati subsidi petrol RON95 menerusi SKPS bermula Selasa depan (30 September).

“Pendaftaran itu agak mudah sebab daripada pihak KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mereka hanya memohon secara dalam talian, tetapi selepas KPDN meluluskan, syarikat (minyak) perlukan masa untuk mengeluarkan kad itu (Fleet Card).

“Ini kita risau kalau daftar saat akhir, kalau mereka mohon kad tunai pun ambil masa lima hari (kad dikeluaran syarikat). Kalau (daftar) hari ini pun tidak sempat 30 September. Jadi daftarlah cepat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau persiapan pelaksanaan SKPS di sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Fuziah berkata syarikat terlibat memerlukan masa lima hingga 14 hari untuk mengeluarkan kad berkenaan bergantung kepada jenis kad terlibat antaranya kad tunai dan kad prabayar.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dato Wee adakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro di Seoul
Next: Sarawak secures RMB100m investment to establish first Alibaba Digital Commerce Industry College outside China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.