APM tangkap ular pelangi sejengkal di Taman Desa Pebahanan

Facebook
WhatsApp
ULAR PELANGI… Anggota APM kelihatan memegang ular pelangi sebelum dimasukkan ke dalam kotak simpanan untuk dilepaskan di kawasan selamat.

LIMBANG: Kehadiran seekor ular pelangi sepanjang satu kaki mengejutkan penduduk Taman Desa Pebahanan, di sini, sebelum mereka bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang dalam kejadian petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.54 petang dan segera menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Sebaik tiba, ular tersebut ditemui berada di kawasan belakang halaman rumah pengadu. Ular pelangi sepanjang satu kaki itu berjaya ditangkap menggunakan alat penyepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, operasi ditamatkan pada 5.15 petang selepas memastikan kawasan sekitar selamat dan bebas ancaman.

Oleh Adeng Edrus